Sila log masuk terlebih dahulu.

Polis buru lelaki Bangladesh bantu siasatan kes bunuh di Klang

Polis memburu Joynal Abadin untuk siasatan kes bunuh yang berlaku di Bandar Baru Klang, 8 Mei lalu.
Polis memburu Joynal Abadin untuk siasatan kes bunuh yang berlaku di Bandar Baru Klang, 8 Mei lalu.
A
A
A

KLANG - Polis memburu seorang lelaki warga Bangladesh untuk siasatan kes bunuh yang berlaku pada 8 Mei lalu di premis jual kenderaan terpakai di Bandar Baru Klang, di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, lelaki itu dikenali sebagai Joynal Abadin berusia lingkungan 40-an dan mempunyai kesan kecederaan di tangan kiri.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan suspek terbabit boleh hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di talian 03-32912222 atau Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan You Swee Leong di talian 012-4071452 atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Polis percaya sekiranya suspek berjaya ditahan, kes bunuh yang sedang disiasat itu dapat diselesaikan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, satu pergaduhan membabitkan dua lelaki warga Bangladesh dan salah seorang daripada mereka maut disyaki dipukul dengan senjata di kepala.

Pada masa sama, suspek yang mengalami kecederaan torehan pisau di tangan kiri telah mendapatkan rawatan di klinik berhampiran sebelum melarikan diri.

Artikel Berkaitan: