Pembantu perawatan HTJS maut kemalangan

Pasukan bomba dan penyelamat membantu membawa mangsa keluar dari lokasi kejadian. - Foto ihsan bomba
Pasukan bomba dan penyelamat membantu membawa mangsa keluar dari lokasi kejadian. - Foto ihsan bomba
A
A
A

JELEBU - Seorang Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) maut dalam kemalangan di Kilometer 33.3 Jalan Seremban - Simpang Pertang di sini pada pagi Khamis.

Mangsa dari Kampung Belai Hulu, Peradong dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum terlibat kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Udin berkata, kejadian kira-kira jam 7 pagi itu melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha MT15 yang ditunggang mangsa, Syed Mohammad Nor Syed Sahil, 57, dengan kereta jenis Proton X70.

Mangsa cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Foto ihsan bomba
Mangsa cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Foto ihsan bomba

"Kereta dipandu lelaki berusia 27 tahun dari arah Seremban menuju Simpang Pertang dipercayai gagal memotong sebuah kenderaan sebelum mangsa dari arah bertentangan datang dan tidak sempat mengelak lalu melanggar kenderaan berkenaan.

"Akibat kejadian itu mangsa tercampak ke gaung sedalam kira-kira tiga meter dan cedera parah di kepala serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Jelebu untuk bedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, pasukan Bomba dan Penyelamat Jelebu ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 7.09 pagi sebelum tiba lebih kurang satu minit kemudian bagi memberi bantuan awal serta mengeluarkan mangsa dari lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan. - Foto ihsan bomba
Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan. - Foto ihsan bomba