11 kanak-kanak Palestin terkorban sudah ikuti kaunseling tangani trauma

Dua kanak-kanak Palestin, Yara (kiri) yang berusia sembilan tahun dan Rula (kanan) berumur lima tahun daripada keluarga Al-Kawlak turut terkorban dalam serangan udara tentera Israel di Gaza pada minggu lalu. - Foto Keluarga Al-Kawlak/DCIP/NRC
Dua kanak-kanak Palestin, Yara (kiri) yang berusia sembilan tahun dan Rula (kanan) berumur lima tahun daripada keluarga Al-Kawlak turut terkorban dalam serangan udara tentera Israel di Gaza pada minggu lalu. - Foto Keluarga Al-Kawlak/DCIP/NRC
A
A
A

GAZA - Seramai 11 kanak-kanak Palestin yang terkorban akibat serangan udara Israel, pada Ahad lalu di dalam rumah mereka di Gaza sebenarnya telah mengikuti kaunseling untuk menangani perasaan trauma daripada Majlis Pelarian Norway (NRC).

Kanak-kanak yang terkorban itu berumur antara lima dan 15 tahun.

Menurut Setiausaha Agung NRC, Jan Egeland pada Rabu, pihaknya sedih apabila mengetahui bahawa 11 kanak-kanak yang dibantu oleh pertubuhan kemanusiaan itu terkorban akibat bedilan bom oleh Tentera Udara Israel.

Beliau berkata, kaum keluarga mereka turut terkorban dalam serangan udara tentera rejim Zionis.

Justeru, tambahnya, pihak NRC mendesak supaya Israel menghentikan serangan udara kerana nyawa kanak-kanak perlu dilindungi manakala rumah-rumah mereka dan sekolah-sekolah tidak boleh dijadikan serangan serangan.

Menurut portal berita The Independent, NRC menyatakan ia membantu 118 sekolah di Genting Gaza yang mengalami sekatan oleh Israel sejak lebih daripada sedekad.

Lebih 200 penduduk Palestin terkorban termasuk 60 kanak-kanak sejak Tentera Israel melancarkan serangan udara pada minggu lalu di Gaza.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kira-kira 52,000 penduduk Palestin hilang tempat tinggal akibat serangan tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: