Skuad Bunga Raya 7s aktifkan latihan kendiri

Pemain skuad Bunga Raya 7s giat menjalani latihan di MSN sebelum ini. - Foto KRM
Pemain skuad Bunga Raya 7s giat menjalani latihan di MSN sebelum ini. - Foto KRM
A
A
A

SKUAD ragbi tujuh sebelah negara (7s) akan meneruskan sesi latihan biarpun kes Covid-19 dalam negara meningkat sejak kebelakangan ini.

Malah menurut penolong pengurus skuad ragbi lelaki tujuh sebelah negara, Izzat Nazmi Anuar, pihaknya telah menyediakan pelan alternatif dalam memastikan kecergasan dalam kalangan pemain-pemain berada pada tahap terbaik.

"Akibat kes Covid-19 yang sekali lagi menular, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) bersetuju untuk meneruskan latihan pasukan ragbi tujuh sebelah negara lelaki dan wanita secara 'online' dan 'offline' di rumah masing-masing sehingga tarikh yang akan diberitahu kemudian.

"Setiap pemain akan dipantau rapi oleh jurulatih, bagi memastikan mereka terus berada pada tahap kecergasan optimum mengikut modul latihan yang telah ditetapkan.

"Jadi dalam situasi terkini Covid-19, saya juga amat berharap pemain-pemain, jurulatih dan komuniti ragbi akan lebih berdisiplin terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara," katanya kepada Sukan Sinar.

Untuk rekod, skuad ragbi tujuh sebelah negara sebelum ini giat menjalani latihan di padang mini Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai persediaan mengharungi Kejuaraan Siri Satu Ragbi Asia Tujuh Sebelah yang dijadualkan berlangsung di

Incheon, Korea Selatan pada 28 hingga 29 Ogos depan.

Sementara itu, siri dua Huizhou, China pula berlangsung pada 11 hingga 12 September diikuti siri tiga di

Artikel Berkaitan:

Colombo, Sri Lanka pada 25 hingga 26 September.

Dalam pada itu, Izzat Nazmi memaklumkan selepas ini pusat latihan ragbi juga akan ditempatkan ke lokasi baharu di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.