X

Kindly register in order to view this article
!

Apa tindakan kerajaan Selangor seterusnya?

A
A

MENJADI 'jaguh’ setiap hari dalam rekod kes Covid-19 di Selangor bukan lagi satu perkara yang baharu atau asing di negeri itu.

Selangor adalah negeri termaju dan antara yang terkaya di Malaysia menjadi salah satu pusat penjanaan ekonomi negara perlu lebih bersedia menghadapi krisis disebabkan pandemik yang melanda negara.

Pada Rabu, Malaysia merekodkan 6,075 kes Covid-19, sekali gus turut mencatatkan angka tertinggi sejak pandemik itu meletus tahun lalu.

Seperti biasa, Selangor menjadi 'juara’ apabila merekodkan kes tertinggi dengan 2,251 kes.

Pada sidang media khas Covid-19, Exco Kesihatan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, kerajaan Selangor menolak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh sekiranya diberikan pilihan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kerajaan Persekutuan.

Namun Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu lagi sidang media pula berkata, kerajaan Selangor tidak mempunyai halangan sekiranya kerajaan Persekutuan ingin melaksanakan PKP secara penuh di negeri itu.

Kuasa bagi pelaksanaan PKP secara penuh adalah di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kerajaan Persekutuan.

Menurut Amiruddin, nyawa rakyat Malaysia khususnya Selangor menjadi keutamaan, namun harus ada sifat empathy dan memikirkan kesan kepada kehidupan, hilang pendapatan termasuk kesan kepada kesihatan mental.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar penggunaan katil rawatan kritikal (ICU) pesakit Covid-19 di Lembah Kelang kini mencapai 125 peratus. Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Sarawak, Negeri Sembilan mencatat penggunaan katil Covid-19 ICU melebihi 80 peratus.

Selain mendepani kes Covid-19 yang sentiasa tinggi, cabaran terbesar adalah pelaksanaan kawalan yang berkesan kerana Selangor mempunyai kepadatan penduduk sangat tinggi.

Walau apa pun keputusan yang diambil, penduduk Selangor seramai 5.79 juta benar-benar mengharapkan pengurusan dan penyeliaan terbaik daripada kerajaan negeri serta Persekutuan supaya mereka tetap terjaga.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!