Footy bola sepak norma baharu patuh SOP

Fotty cara permainan yang selamat untuk komuniti bola sepak semasa Covid-19 dengan gaya permainan baharu tanpa sentuhan fizikal.
Fotty cara permainan yang selamat untuk komuniti bola sepak semasa Covid-19 dengan gaya permainan baharu tanpa sentuhan fizikal.
A
A
A

KOMUNITI bola sepak kini boleh bermain dengan cara yang selamat semasa Covid-19 dengan gaya permainan baharu tanpa sentuhan fizikal dikenali sebagai Footy.

Diperkenalkan oleh Ken Barnes Football Malaysia, Footy dibangunkan kerana menyedari keperluan individu terutama peminat bola sepak untuk kekal aktif dan cergas dalam norma baharu serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Pegawai Operasi, Ken Barnes Football Malaysia, Subramaniam Palandaram berkata, Footy diilhamkan semasa Covid-19 ketika golongan belia bergelut untuk melakukan aktiviti sukan terutamanya bola sepak.

“Oleh itu kami memutuskan untuk mencipta bola sepak khas tanpa sentuhan fizikal yang dapat membantu golongan belia kita untuk bermain secara selamat semasa pandemik ini.

“Kelebihan Footy ia adalah selamat, tiada sentuhan badan dan risikonya adalah terlalu kecil atau tidak berpeluang mendapat jangkitan Covid-19,” katanya baru-baru ini.

Subramaniam berkata, beliau mencipta Footy apabila menyedari pandemik itu mengubah gaya hidup dalam aktiviti sukan sepenuhnya dengan banyak sekatan dikenakan menyebabkan sukar untuk bermain atau mengambil bahagian.

“Dengan begitu banyak SOP dikenakan kami rasakan perlu mempunyai permainan yang senang dimainkan dan mematuhi peraturan penjarakan fizikal,” katanya.

Subramaniam berkata, Footy dicipta di Malaysia adalah yang pertama seumpamanya di dunia dan ia seharusnya dipromosikan di seluruh negara untuk menawarkan platform alternatif kepada orang ramai untuk terus kekal cergas dari segi fizikal dan mental pada masa yang mencabar ini.

Artikel Berkaitan:

“Kami belum lagi memperkenalkannya di luar Malaysia tetapi kami teruja untuk pergi ke negara jiran sebaik sahaja sekatan perjalanan dilonggarkan untuk mempromosikan sukan ini sebagai norma baharu,” katanya.