Husam beri keterangan berkaitan dana RM90j

Husam
Husam
A
A
A

KOTA BHARU - Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa selesai memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, di sini, hari ini, berhubung Pas yang didakwa menerima dana RM90 juta menerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau yang juga ADUN Salor terdahulu dilihat keluar dari pejabat SPRM pada jam 11.10 malam tadi selepas hampir sejam setengah memberi keterangan.

“Saya dinasihatkan SPRM supaya tidak beri sebarang komen kepada media. Bagi dia (SPRM) selesaikan,” katanya ringkas.

Ditanya lebih lanjut, Husam mengesahkan beliau dipanggil memberi keterangan berkaitan dakwaan dana RM90 juta yang didakwa diterima Pas.

Husam tiba dengan menaiki kenderaan pelbagai guna MPV putih Toyota Innova di pejabat SPRM, di sini, kira-kira jam 9.25 malam tadi.

Media sebelum ini melaporkan, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hadir di pejabat SPRM Kelantan, pada pada 8 Februari bagi memberi kenyataan berhubung siasatan Pas yang didakwa menerima wang RM90juta menerusi 1MDB.

Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Bachok antara empat individu dianggap saksi penting dalam siasatan kes beberapa pemimpin Pas yang didakwa menerima RM90 juta dikatakan dari 1MDB.

Artikel Berkaitan: