Sindiket edar bir tidak bercukai lumpuh

Sebuah premis menyimpan pelbagai minuman keras tidak bercukai di Taman Segar Subang, Shah Alam diserbu pada Rabu.
Sebuah premis menyimpan pelbagai minuman keras tidak bercukai di Taman Segar Subang, Shah Alam diserbu pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras merampas 1,134 minuman keras tidak bercukai bernilai lebih RM800,000 selepas menyerbu sebuah premis di Taman Segar Subang di sini pada Rabu.

Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, Op Contraband kira-kira jam 7.30 pagi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Risik Briged Tengah PGA Cheras.

"Kita menahan empat lelaki terdiri daripada seorang warga tempatan dan tiga warga Myanmar berusia lingkungan 26 hingga 43 tahun.

"Sebanyak 1,134 kotak bir mengandungi 27,216 tin pelbagai jenama yang tidak bercukai bernilai RM849,844 telah dirampas.

"Serbuan ini telah melumpuhkan satu sindiket pengedaran bir tidak bercukai di sekitar Lembah Klang yang telah aktif hampir setahun," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63.

Jelasnya, pihaknya menyeru masyarakat agar dapat memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Artikel Berkaitan: