JKN Kedah kesan kontak rapat pelancong dari Genting Highlands

Datuk Dr Mohd Hayati Othman
Datuk Dr Mohd Hayati Othman
A
A
A

ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah kini sedang mengesan kontak rapat Kluster Dah Lengkuas yang melakukan perjalanan di bawah gelembung pelancongan ke Genting Highlands dengan menaiki bas secara beramai-ramai pada pertengahan April lalu.

Menurut Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, seramai16 individu dikesan positif Covid-19 selepas saringan dilakukan terhadap 28 pelancong setakat 7 Mei lalu.

"Selepas pulang dari Genting Highlands, terdapat peserta yang telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan pada peringkat awal seramai tujuh individu dikesan positif.

"JKN Kedah terus memulakan usaha untuk mengesan kontak rapat ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu kenyataan tular mendakwa terdapat peserta positif Covid-19 selepas menyertai rombongan pelancongan ke Genting Highlands dengan empat buah bas pada Isnin.

Difahamkan perkara tersebut kemudiannya menjadi punca kepada penularan pandemik tersebut kepada ahli keluarga dan juga pengunjung sebuah pasar malam di tempat tinggalnya.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Hayati berkata, kes positif ini diletakkan di bawah Kluster Dah Lengkuas selepas rata-rata mereka ini tinggal di Taman Lengkuas, Simpang Empat, Alor Setar.

Menurut beliau, difahamkan JKN Kedah dalam usaha mengesan kontak rapat terhadap penumpang bagi sebuah bas sahaja, namun usaha mengesan kontak lain turut akan dilakukan.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini, ujian saringan masih lagi diteruskan dan kita belum tahu lagi jumlah sebenar yang positif hasil daripada saringan yang dilakukan ini," katanya.