'Total lockdown' ditentukan MKN berdasarkan nasihat KKM: Ismail Sabri

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya atau 'total lockdown' akan ditentukan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan nasihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KKM akan membentang dan menasihatkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Selepas itu baru keputusan dan pengumuman dibuat,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai adakah kerajaan tidak bercadang untuk membuat PKP sepenuhnya atau 'total lockdown'.

Ini selepas Malaysia sekali lagi merekodkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan 6,075 kes baharu positif Covid-19 pada Rabu sekaligus menjadi yang tertinggi sejak pandemik itu berlaku Mac tahun lalu.

Beberapa pihak menggesa agar kerajaan melaksanakan PKP sepenuhnya bagi mengurangkan kes kematian yang berpunca daripada virus Covid-19.

Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman berpendapat, langkah membenarkan sebahagian sektor dibuka telah menyebabkan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) sehingga menyebabkan kes meningkat mendadak.

Artikel Berkaitan: