Covid-19: Johor perlu pelan tindakan segera

MOHD KHUZZAN
MOHD KHUZZAN
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor diminta mengemukakan pelan tindakan segera bagi menangani penularan Covid-19 yang semakin meningkat di Johor sejak tiga hari lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, rekod peningkatan mendadak jumlah kes baharu Covid-19 di negeri pada Rabu iaitu sebanyak 699 kes cukup mengejutkan.

Menurut beliau, dua perkara perlu diberi perhatian kerajaan negeri dalam melaksanakan pelan tindakan iaitu berkaitan vaksin dan saringan secara besar-besaran.

"Pertama, pembelian, pemerolehan dan pengagihan vaksin secara menyeluruh kepada rakyat Johor dengan keutamaan golongan sasaran utama seperti frontliners, kakitangan awam dan warga emas.

"Perkara kedua pula ialah program saringan besar-besaran secara percuma ke atas rakyat Johor serta mereka yang bermastautin dan bekerja di sini," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Menurut Khuzzan, kedua-dua perkara terbabit memerlukan tindakan segera kerajaan negeri selain perlu diimbangi bantuan bersasar bagi golongan yang terkesan khususnya B40 dan M40.

"Demi keutamaan nyawa dan tahap kesihatan masyarakat, pelaksanaan-pelaksanaan di atas terutama melibatkan proses saringan dan pemvaksinan wajar disegera dan dipercepatkan kepada rakyat Johor.

"Justeru saya menyeru agar satu usaha melibatkan semua pihak termasuk kerajaan negeri dan pembangkang dapat diadakan untuk membolehkan perbincangan dilakukan bagi mencari penyelesaian terhadap krisis Covid-19 ketika ini," katanya.

Artikel Berkaitan: