Lagi kes budak lemas di Melaka

Pasukan bomba menggerakkan SAR di sungai Jalan Tambak Paya Ayer Molek-Kampung Tiang Dua di sini pada Rabu.
Pasukan bomba menggerakkan SAR di sungai Jalan Tambak Paya Ayer Molek-Kampung Tiang Dua di sini pada Rabu.
A
A
A

MELAKA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemui lemas selepas terjatuh dalam sungai di Jalan Tambak Paya Ayer Molek-Kampung Tiang Dua di sini pada Rabu.

Dalam kejadian jam 3 petang, kanak-kanak terbabit dipercayai tergelincir ketika melalui jalan berkenaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan II Zainuddin Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.20 petang.

Menurut beliau, sepasukan anggota dan pegawai bersama sebuah jentera FRT dan EMRS bergegas ke lokasi kejadian dan melakukan ‘size up’ ketika kerja-kerja mencari dari menyelamat (SAR) mangsa dilakukan.

"Berdasarkan 'size up' itu, kita kemudian melakukan pencarian di kawasan air sebelum berjaya menemukan mayat mangsa kira-kira jam 4.50 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Zainuddin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat sebelum dituntut waris keluarga.

Sinar Harian pada pagi Rabu melaporkan seorang kanak-kanak yang hilang ketika mandi bersama rakannya pada petang Selasa akhirnya ditemui dipercayai lemas di tali air Kampung Gelam, Tanjung Minyak.

Mayat Badrol Azhan Nizam Bachik,9, ditemui Pasukan Mukti -Skill Team (MUST) Bomba dan Penyelamat kira-kira jam 9.35 pagi selepas lebih 15 jam mayat rakannya, Muhammad Fakrullah Rozami ditemui pada petang Selasa.

Artikel Berkaitan:

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai JBPM Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dilaporkan hilang dijalankan semula di dalam air berdekatan mangsa pertama ditemui sebelum pasukan itu menemui kepala terapung di kawasan tali air.