Khalid nafi tarik balik cadangan di Jalan TAR

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad menafikan laporan berita Buletin Utama TV3 bahawa beliau telah menarik balik cadangan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) sebagai kawasan 'Pedestrian Walk'.

"Apa yang saya katakan adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang membuat penilaian terhadap cadangan untuk menjadikan Jalan TAR sebagai Pedestrian Walk. Buat masa ini DBKL sedang mengkaji pilihan pelaksanaannya dan berbincang dengan semua pihak, khasnya yang terlibat secara langsung.

"Kita akan umumkan bentuk pelaksanaannya seminggu sebelum tarikh yang ditetapkan iaitu pada 15 Mac ini," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau meminta agar TV3 menarik balik laporan yang tidak tepat itu dan memperbetulkannya.

Terdahulu, Khalid dilaporkan berkata sebarang keputusan berhubung isu penutupan sebahagian Jalan TAR kepada kenderaan awam akan dimuktamadkan sebelum 15 Mac.

Keputusan itu akan dibuat berdasarkan maklumat balas pihak berkepentingan terutamanya penjaja dan peniaga di sekitar Jalan Esfahan hingga Jalan Melayu. - Bernama

Artikel Berkaitan: