X

Kindly register in order to view this article
!

Johor Bahru rekod kes denggi tertinggi

Vidyananthan
A
A

JOHOR BAHRU - Daerah Johor Bahru terus merekodkan kumulatif kes denggi tertinggi pada tahun ini dengan 789 kes direkodkan.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, sebanyak 30 kes bersamaan 75 peratus daripada keseluruhan kes denggi di negeri ini dilaporkan di daerah terbabit pada minggu lepas.

Menurut beliau, terdapat tiga lokaliti wabak baharu dikesan selain lima lokaliti yang masih aktif dikesan di Johor Bharu.

"Selain Johor Bahru, sebanyak 35 kes denggi dicatatkan di Kota Tinggi diikuti Tangkak (32), Batu Pahat (29), Kulai (24), Segamat (14) dan Pontian (13), Mersing (10), Muar (9) dan Kluang (8).

"Jumlah terkumpul lokaliti wabak di negeri ini pada tahun ini sehingga Sabtu lalu adalah 102 berbanding 497 dalam tempoh yang sama pada tahun lalu iaitu penurunan sebanyak 79.5 peratus," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Vidyananthan berkata, sebanyak 963 kes demam denggi direkodkan di negeri ini dengan hanya satu kematian direkodkan bagi tempoh 1 Januari 2021 sehingga Sabtu lalu.

Katanya, penemuan tempat pembiakan serta tempat berisiko pembiakan di dalam rumah menunjukkan masyarakat masih lagi belum peka kepada keperluan pembersihan dan pemusnahan tempat berisiko untuk pembiakan nyamuk aedes.

"Masyarakat perlu melakukan aktiviti mencari dan musnah selama 10 minit bagi memastikan tiada tempat atau bekas menakung air yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

"Selain itu, aktiviti sebaran maklumat pencegahan denggi telah dipergiatkan melalui info grafik di platform media sosial dan hebahan radio secara harian," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!