Covid-19: India rekod kes kematian harian tertinggi, 4,529 kes

Sekurang-kurangnya 270 doktor telah meninggal dunia di seluruh negara dalam gelombang terbaru pandemik. - Agensi
Sekurang-kurangnya 270 doktor telah meninggal dunia di seluruh negara dalam gelombang terbaru pandemik. - Agensi
A
A
A

NEW DELHI - India melaporkan kes kematian harian Covid-19 tertinggi pada Rabu, kata Kementerian Kesihatan negara itu.

Dengan 4,529 kematian baharu, jumlah korban di seluruh negara telah mencecah 283,248, lapor Agensi Anadolu.

Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR) berkata, seramai 2,008,296 penduduk menjalani saringan pada Selasa. Setakat ini, lebih 320 juta sampel telah diuji untuk Covid-19.

Pada Rabu, 267,334 kes baharu didaftarkan, di bawah angka 300,000 untuk hari ketiga berturut-turut. Jumlah kes keseluruhan pula melebihi 25.49 juta.

Sekurang-kurangnya 270 doktor telah meninggal dunia di seluruh negara dalam gelombang terbaru pandemik, kata Persatuan Perubatan India (IMA).

Sementara itu, Kementerian Luar Singapura menafikan dakwaan Ketua Menteri New Delhi, Arvind Kejriwal mengenai varian Covid-19 di negara Asia Tenggara itu.

Kejriwal pada Selasa menulis di tweeter: “Bentuk baharu Covid-19 di Singapura dikatakan sangat berbahaya kepada kanak-kanak. Ia boleh muncul sebagai gelombang ketiga di India. "

Beliau juga meminta kerajaan menghentikan segera perkhidmatan udara dengan Singapura. - Bernama

Artikel Berkaitan:

TAG: India, COVID-19, kematian