Leicester belum mahu mengalah

Brendan Rodgers
Brendan Rodgers
A
A
A

PENGENDALI Leicester City, Brendan Rodgers menegaskan belum mahu mengibarkan bendera putih dalam pemburuan kedudukan empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL).

Malah menurut Rodgers, pesaing terdekat Chelsea dan Liverpool bakal berdepan lawan yang sukar baki perlawanan terakhir masing-masing.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini terdapat 38 perlawanan yang perlu dilalui semua pasukan, jadi kita perlu tunggu selepas perlawanan terakhir.

“Minggu lalu, kami menewaskan finalis Liga Europa, finalis Liga Juara-Juara dan memenangi Piala FA.

“Sekarang tiba masa untuk kami kembali memulihkan motivasi dan bersedia untuk perlawanan seterusnya.

“Apa yang perlu dilakukan sekarang fokus meraih tiga mata hujung minggu ini kemudian lihat cabaran selepas itu,” katanya.

Dalam aksi di Stamford Bridge itu, The Foxes dikecewakan kemenangan 2-1 The Blues hasil jaringan Antonio Rudiger dan Jorginho sebelum Kelechi Iheanacho merapatkan jurang.

Pada masa sama Rodgers memuji kematangan dipamerkan dalam kalangan pemain The Foxes pada musim ini.

Artikel Berkaitan:

“Sejujurnya pemain Leicester semakin matang yang seterusnya berjaya meletakkan kelab ini di landasan sepatutnya.

“Pemain Leicester tahu mereka mampu mengharungi perlawanan berintensiti tinggi, jadi kita lihat sama ada mereka mampu membuktikannya sekali lagi,” katanya.