Harga RON95 dan diesel kekal, RON97 naik satu sen

Harga runcit petrol RON97 naik satu sen seliter manakala harga runcit RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 20 hingga 26 Mei.
Harga runcit petrol RON97 naik satu sen seliter manakala harga runcit RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 20 hingga 26 Mei.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 naik satu sen seliter manakala harga runcit RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 20 hingga 26 Mei.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan harga baharu petrol RON97 bermula esok ialah RM2.61 seliter.

Menurut kenyataan itu, harga berkenaan adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel walaupun harga runcit APM bagi RON95 dan diesel telah meningkat melebihi harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

"Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," jelas kenyataan itu lagi. - Bernama

Artikel Berkaitan: