Dr Afifi dilantik Pengerusi PCM

Datuk Dr Afifi al-Akiti
Datuk Dr Afifi al-Akiti
A
A
A

SHAH ALAM - Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Datuk Dr Afifi al-Akiti dilantik sebagai Pengerusi PCM Sdn Bhd berkuatkuasa 12 Mac lalu.

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam satu kenyataan memaklumkan, Dr Afifi akan menerajui dan mengawal selia UniKL Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP) termasuk pelan pembangunannya.

“Dr Afifi yang juga ahli Lembaga Pengarah UniKL merancang penglibatan UniKL RCMP yang lebih besar dalam bidang kesihatan di negeri Perak termasuk beberapa perkembangan menarik yang melibatkan hubungan antarabangsa.

“Beliau mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia dan Nusantara pertama yang dilantik mengajar di universiti terkemuka dunia ini pada tahun 2008 semasa umurnya baru 32 tahun dan bidang kepakarannya adalah aqidah, syariah dan Ilmu Sains dalam tamadun Islam,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Dalam kenyataan sama, Dr Afifi telah menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan mendapat gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan sebagai Orang Besar Delapan Perak.

Pada 2018, Dr Afifi telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam di Peringkat Persekutuan dan beliau juga diiktiraf dalam senarai tahunan 500 orang Islam yang paling berpengaruh di dunia.

Artikel Berkaitan: