X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Tiada lagi Zon Hijau di Semenanjung

Tiada lagi daerah di Semenanjung kini berstatus Zon Hijau apabila 11 daripada 13 negeri dan Wilayah Persekutuan berada dalam Zon Merah.
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Tiada lagi daerah dikategorikan sebagai zon hijau di Semenanjung manakala empat negeri - Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Melaka berada dalam zon merah penularan Covid-19 sepenuhnya, setakat Selasa.

Berdasarkan taburan kes Covid-19 dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam laman Facebooknya hari ini, dalam tempoh 14 hari sejak 5 Mei hingga Selasa, bilangan kes positif di Malaysia adalah berjumlah 57,089 kes.

Keseluruhan jumlah kes positif di Malaysia setakat hari ini ialah 485,496 kes.

“Lapan daerah di Semenanjung berstatus jingga iaitu Langkawi, Kampar, Jelebu, Kuala Pilah, Rompin, Bera, Lipis dan Marang sementara daerah yang berstatus kuning ialah Kangar, Perak Tengah, Mersing, Cameron Highlands, Maran, Hulu Terengganu, Kemaman, Gua Musang, Padang Terap dan Sik,” kata KKM.

Sabah menjadi negeri paling banyak zon hijau dengan lapan daerah iaitu Tambunan, Kudat, Nabawan, Pitas, Kuala Penyu, Tongod, Telupid dan Beluran.

Sementara di Sarawak, terdapat lima daerah berada dalam kategori zon hijau iaitu Simunjan, Asajaya, Kabong, Marudi dan Telang Usan.

Daerah berstatus hijau mencatatkan sifar kes, kuning (1-20 kes), jingga (21-40 kes) dan merah 41 kes atau lebih. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!