Mike Tyson pernah nak lawan dengan gorila

Mike Tyson
Mike Tyson
A
A
A

JUARA Heavyweight dunia, Mike Tyson, 52 sentiasa yakin dengan kebolehan yang ada pada dirinya.

Menerusi laporan Daily Star, Mike pernah menjadi peninju yang paling ditakuti di dunia dan menjadi juara dunia ketika berusia 20 tahun.

Mengimbas kembali satu peristiwa lama, katanya dipernah terfikir untuk berlawan dengan seekor haiwan bagi membuktikan kehebatannya.

No Image Caption

Pada tahun 1980-an, Tyson dan bekas isterinya Robin Givens diberi akses eksklusif ke Zoo New York.

Sewaktu berada di sana, Tyson menawarkan AS$10,000 (RM40,865) kepada penjaga zoo agar membenarkan dia berlawan dengan gorila baka 'silberback'.

"Sewaktu kami ke kandang gorila, saya nampak seekor gorila besar yang membuli kawan-kawannya.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

"Dia kelihatan begitu gagah, saya tawarkan RM40,865 kepada penjaga zoo supaya buka kandang untuk saya berlawan dengan haiwan itu.

"Namun, dia menolak tawaran saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Tyson sememangnya dikenali sebagai pencinta haiwan.

Malah dia turut membela haiwan dan beberapa haiwan lain.