Sila log masuk terlebih dahulu.

Kibarkan panji negara, jaga keselamatan: Reezal Merican

Reezal Merican
Reezal Merican
A
A
A

SKUAD Harimau Malaya diingatkan supaya memberikan aksi terbaik, selain menjaga keselamatan diri pada Kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bulan hadapan ketika kes Covid-19 global masih belum reda.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, setiap pemain dan pegawai Harimau Malaya yang berada dalam gelembung sukan, perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Reezal Merican turut mendoakan kejayaan skuad Harimau Malaya di UAE, dalam memburu slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023 sekali gus layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022.

“Kibarkanlah panji-panji negara dengan bangga, tetapi jangan lupa jaga keselamatan. Bertarunglah atas nama, demi tanah air kita, bertarunglah atas nama, demi Malaysia. Selamat berjuang dan selamat kembali ke tanah air,” katanya dalam video di laman Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Rabu.

Skuad Harimau Malaya bimbingan Tan Cheng Hoe dijadual terbang ke Dubai esok bagi meneruskan kem latihan pusat di sana, selain beraksi dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Kuwait di Dubai dan Bahrain di Manama, masing-masing pada 23 dan 28 Mei.

Malaysia akan memulakan baki saingan Kumpulan G kempen kelayakan itu bertemu UAE pada 3 Jun, Vietnam (11 Jun) dan Thailand pada 15 Jun.

Artikel Berkaitan: