CEO Melaka United letak jawatan

 Datuk Mohd Saiful Mat Sapri
Datuk Mohd Saiful Mat Sapri
A
A
A

KETUA Pegawai Eksekutif Melaka United (MUFC) Sdn Bhd, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa Selasa.

Keputusan peletakan jawatannya itu yang dimaklumkan dalam Mesyuarat Pengurusan MUFC di Seri Negeri, Ayer Keroh itu, diharap akan menjadikan kelab dan juga pengurusan MUFC lebih baik pada masa hadapan.

Mohd Saiful berkata, beliau juga berharap Melaka United FC akan terus bersaing serta kekal dalam kancah Liga Super pada tahun hadapan dan mendoakan agar semua diberi kekuatan jati diri untuk memastikan pasukan ini terus cemerlang dan gemilang.

"Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada penyokong yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada pasukan selama ini dan diharap mereka meneruskan sokongan kepada Melaka United FC," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Saiful meletak jawatannya itu selepas lebih lima bulan menerajui pentadbiran MUFC sejak 4 Disember tahun lalu.

MUFC kini menghuni kedudukan ke-11 daripada 12 pasukan dalam saingan Liga Super selepas mengutip 11 mata daripada 13 perlawanan.

Artikel Berkaitan: