My Market tawar hadiah tablet Samsung Galaxy, HDD 500GB

Peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi tablet Samsung Galaxy dan pemacu cakera keras (HDD) 500GB melalui peraduan My Market yang terbuka sehingga 4 Julai 2021. - Gambar hiasan
Peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi tablet Samsung Galaxy dan pemacu cakera keras (HDD) 500GB melalui peraduan My Market yang terbuka sehingga 4 Julai 2021. - Gambar hiasan
A
A
A

INISIATIF celik kewangan, Multiply dan Bursa Malaysia Berhad menawar peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi tablet Samsung Galaxy dan pemacu cakera keras (HDD) 500GB melalui peraduan My Market yang terbuka sehingga 4 Julai 2021.

Peraduan itu yang boleh diakses melalui laman Bursa Marketplace di https://www.bursamarketplace.com/mymarket-contest/ bertujuan membantu warga Malaysia memahami asas pelaburan dalam pasaran saham supaya mereka dapat menceburi aktiviti tersebut.

Peraduan itu juga merupakan sebahagian daripada sebuah kolaborasi antara Multiply dan Bursa Malaysia untuk meningkatkan kebolehan warga Malaysia membuat keputusan yang berpengetahuan berkenaan pelaburan.

Pengurus Kanan Program di Creador Foundation, Dr. Shobana Sivanendran berkata, mereka telah mendengar pengalaman warga Malaysia menguruskan kewangan peribadi mereka

dan kami dapati ramai yang berminat untuk melabur.

Dalam satu tinjauan yang telah mereka lakukan baru-baru ini, 25 peratus daripada lebih 1,000 responden mengatakan bahawa sasaran kewangan mereka yang paling utama untuk tahun 2021 ialah untuk melabur dan mengembangkan wang mereka.

"Sementara itu 25 peratus daripada responden juga mengatakan bahawa kebimbangan mereka yang paling ketara tahun ini adalah tentang di mana mereka patut melabur, memandangkan sekarang ini kadar faedah adalah rendah.

“Pada masa yang sama, ramai juga rakyat Malaysia yang tidak meneruskan hasrat untuk melabur kerana mereka tak pasti di mana hendak bermula dan mereka juga takut kehilangan

Artikel Berkaitan:

wang mereka," katanya dalam satu kenyatan pada Rabu.

Katanya, mereka menjalin kerjasama dengan Bursa Malaysia untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti yang seronok dan interaktif, untuk membantu mereka memahami cara melabur dalam saham dan bagaimana untuk membuat keputusan pelaburan yang bijak supaya mereka dapat membina keyakinan dalam bidang pelaburan saham.

Multiply bertujuan memberikan pendidikan tentang kewangan peribadi yang percuma dan boleh dipercayai kepada warga Malaysia.

Kandungan Multiply boleh diakses di pautan multiply.org.my dan juga beberapa platform media sosial tertentu.

Sementara itu, Pengarah (Pasaran Sekuriti), Bursa Malaysia, Azhar Zabidi berkata, mereka memastikan pelabur runcit celik kewangan adalah langkah pertama yang penting untuk mengekalkan aktiviti perdagangan runcit.

Katanya, Ini membuka jalan untuk keputusan pelaburan berpengetahuan yang meningkatkan kualiti pelaburan sambil melindungi pelabur.

"Untuk mencapai matlamat ini, kami bekerjasama dengan rakan kongsi pilihan kami untuk menjalankan pelbagai acara dan kempen yang membantu meningkatkan kesedaran mengenai

pelaburan pasaran saham melalui platform seperti Bursa Marketplace.

“Aktiviti-aktiviti ini memberi para pelabur alat dan pengetahuan asas yang diperlukan untuk membolehkan mereka membuat keputusan yang baik ketika mereka melabur, memastikan pasaran yang mampan dalam jangka masa panjang,” katanya.