Penuhi keperluan isian petrol infiniti

Saifuddin (tengah) memukul gong sebagai gimik perasmian.
Saifuddin (tengah) memukul gong sebagai gimik perasmian.
A
A
A

PORT DICKSON - Stesen Minyak BHPetrol Sepang Lukut di Taman Perindustrian Perdana Lukut di sini, telah dibuka secara rasminya oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kelmarin.

Stesen minyak berkenaan yang terletak di antara bandar Lukut dan Sepang bukan sahaja mampu memberi kemudahan kepada penduduk di Port Dickson, tapi juga kepada pengguna yang mahu menuju ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau Port Dickson.

Pengarah Urusan Seng Group of Companies, Datuk Seri Dr King Chin Fui berkata, dengan adanya stesen minyak berkenaan ia akan menjadi pilihan lengkap kepada pengguna dalam memenuhi keperluan perjalanan dengan isian petrol infiniti.

"Stesen ini merupakan antara stesen minyak terbaharu BHPetrol di bawah Seng Grop of Companies yang merupakan salah satu syarikat yang aktif dalam pembinaan dan peruncitan stesen minyak di sini.

"Kedudukannya yang strategik dan luas memudahkan pengguna untuk mengisi minyak, membeli pelbagai barangan di kedai serbaneka BHPetromart atau ke tandas," katanya.

Chin Fui berkata, pelanggan juga boleh membuat tambah nilai Touch 'n Go dan servis khidmat bayaran melalui e-Pay.

Menurutnya, terkini terdapat hampir 400 stesen minyak BHPetrol yang beroperasi di seluruh negara yang menawarkan produk petrol, biodiesel dan diesel Euro5.

"Sebahagian besar stesen minyak BHPetrol telah dinaik taraf dengan kelengkapan yang lebih baik dari segi penampilan imej, tandas yang bersih, surau yang selesa, perkhidmatan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan banyak lagi.

Artikel Berkaitan:

"Peningkatan taraf untuk stesen minyak yang selebihnya akan dilakukan secara berperingkat," katanya.

Hadir sama dalam majlis pelancaran berkenaan ialah Pengurus Besar Bahagian Bekalan, Peruncitan, Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol), Ir Azizul Azily Ahmad; pengurusan Seng Group of Companies; Speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar dan Timbalan Speaker DUN Negeri Sembilan, M Ravi.