Komuniti, industri sumbang kluster Covid-19 tertinggi di Johor

R Vidyananthan
R Vidyananthan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Penularan dalam komuniti dan perindustrian merekodkan jumlah kluster kumulatif aktif tertinggi di negeri ini dengan masing- masing mencatatkan sebanyak 28 dan 22 kluster.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, sebanyak 407 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada Selasa menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 51,217 kes.

"Jumlah kumulatif kluster aktif pula sebanyak 72 kluster. Selain sektor perindustrian dan komuniti, penularan dalam kluster turut melibatkan institusi (16), pasar raya (dua) dan tahanan (empat)," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, terdapat empat kluster baharu iaitu Kluster Jalan Petaling Industri, Kluster Jalan Besi Satu, Kluster Jalan Bukit Mutiara dan Kluster Jalan Sri Putri Empat.

"Dua daripada kluster tersebut merupakan kluster perindustrian iaitu Kluster Jalan Petaling Industri dan Jalan Besi Satu.

"Kluster Jalan Bukit Mutiara merupakan kluster berpunca daripada aktiviti keagamaan dan Kluster Jalan Sri Putri Empat adalah kluster yang melibatkan institusi pendidikan serta komuniti," katanya.

Justeru, beliau menasihatkan agar masyarakat kekal berwaspada serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Artikel Berkaitan: