X

Kindly register in order to view this article
!

Pemandu maut treler rempuh tol

Sebuah treler hilang kawalan hingga merempuh Plaza Tol Ayer Hitam, di Sepang dalam kejadian pada Rabu.
A
A

SEPANG - Sebuah treler yang hilang kawalan merempuh Plaza Tol Ayer Hitam, di sini dan mengakibatkan pemandunya maut, dalam kejadian pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu berlaku ketika treler dipandu mangsa berusia 55 tahun dalam perjalanan dari arah Kajang menuju ke Palabuhan Klang.

"Sampai di lokasi, treler terbabit telah hilang kawalan sebelum melanggar tol di lorong RFID.

"Pemandu warga tempatan terbabit mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Katanya, bedah siasat akan dijalankan selepas keputusan ujian saringan Covid-19 diperoleh dijangka pada Khamis.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!