Agih tangki septik di lokasi kritikal

Tengku Zulpuri menyerahkan tangki septik kepada Mohd Hasrul.
A
A

TEMERLOH - Sebanyak 20 tangki septik sumbangan Timbalan Menteri Air,Tanah dan Sumber Asli,Tengku Zulpuri Shah Raja Puji diagihkan di beberapa lokasi kritikal yang mengalami gangguan bekalan air di daerah ini.

Untuk fasa pertama sebanyak 10 tangki bernilai kira-kira RM1,000 setiap satu bagi memudahkan penduduk.

Tengku Zulpuri berkata, sumbangan itu diharap dapat membantu masalah yang dihadapi penduduk di kawasan terlibat.

Menurutnya, sumbangan berkenaan dapat meringankan beban penduduk yang sudah dikenalpasti oleh Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) daerah.

"Untuk fasa kedua, selebihnya 10 tangki lagi akan diagihkan dalam tempoh terdekat," katanya selepas majlis penyerahan tangki terbabit di Taman Tan Chew Tong,semalam yang turut berdepan masalah tersebut.

Hadir sama, ADUN Mentakab, Woo Chee Wan dan Pengurus Paip Temerloh, Mohd Hasrul Hisyam Chik.

Bagi Chee Wan, kini dia lega dengan sumbangan tersebut dan dilihat membantu menyelesaikan masalah jangka pendek.

Sementara itu, Mohd Hasrul memberitahu tangki tersebut akan diletakkan di kawasan kritikal berdasarkan keperluan.

Antara lokasi bermasalah ialah Taman Rimba,Taman Sri Layang,Taman Saga,Taman Bukit Bendera,Taman KSM dan Taman Setia.