X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Gempa bumi 5.8 magnitud landa Nepal

A
A

KATHMANDU - Gempa bumi berkekuatan 5.8 pada skala Richter menggegar daerah Lamjung di utara-tengah Nepal pada Rabu, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga cedera, lapor Agensi Berita Xinhua.

Gegaran berlaku pada 5.42 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa di Bhulbhule dekat dengan perbandaran Marsyang, turut dirasakan di beberapa kawasan termasuk di Kathmandu, menurut pusat gempa kebangsaan.

"Penduduk panik ekoran gegaran yang kuat. Tiga orang cedera selepas dinding rumah mereka roboh dan kini sedang menerima rawatan," kata ketua pegawai daerah Lamjung Hom Prasad Luintel.

Jumlah kerugian belum dapat dipastikan.

"Gegaran itu cukup kuat. Namun, belum ada laporan korban jiwa," kata ketua majlis perbandaran luar bandar Arjun Gurung.

Pada 2015, sekurang-kurangnya 9,000 orang maut dalam gempa kuat di Nepal. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!