UMNO persoal di mana pemberian komputer riba percuma

UMNO mempersoalkan di mana pemberian komputer riba percuma selepas hampir enam bulan perkara itu berlalu. Gambar hiasan
UMNO mempersoalkan di mana pemberian komputer riba percuma selepas hampir enam bulan perkara itu berlalu. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO mempersoalkan di mana pemberian komputer riba percuma selepas hampir enam bulan perkara itu berlalu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, ini kerana beliau difahamkan dana telah dikutip daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan korporat kepada kerajaan untuk menguruskan pemberian komputer riba kepada anak-anak rakyat Malaysia yang memerlukan.

“Mula-mula berjanji akan diedarkan pada bulan Februari, tunggu punya tunggu, puasa sudah, raya pun sudah, duit sudah ada cuma proses pembelian sahaja dan pengurusan penghantaran tidak kunjung tiba.

“Kita pun tak tahu di mana silapnya, susah ke nak beli komputer riba? Ada banyak jenama dan banyak kilang. Kalau tak boleh beli semua dalam satu jenama, beli pelbagai jenama, perkara sangat mudah namun gagal dilakukan dengan mudah,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohd Razlan Rafii
Mohd Razlan Rafii

Beliau berkata, apabila rakyat membuat #KerajaanGagal, sepatutnya mereka melihat perkara berkenaan sebagai positif dan tingkatkan usaha memperbaiki namun kegagalan ini amat ketara.

“Kementerian Pendidikan berjanji akan menambah TV Pendidikan dengan pelbagai silibus. Setelah diumum, dibiarkan begitu sahaja.

“Bahan video tidak berkualiti dan tidak cukup untuk memberi ilmu kepada anak-anak, ia dibuat sekadar melepas batok di tangga.

Artikel Berkaitan:

“Bukan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja yang perlu mengulang kaji, anak-anak daripada darjah satu hingga tingkatan lima juga tidak mahu ketinggalan,” katanya.

Beliau turut menggesa Menteri Kanan (Pendidikan), Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin agar menghentikan program pemberian beras dan kebajikan.

“Fokus kepada kerja hakiki anda, turun setiap masa, setiap waktu melihat guru-guru, duduk bersama mereka dan selesaikan masalah pendidikan ini,” tegasnya.