X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Covid-19: Singapura nafi laporan mengenai 'varian Singapura'

Gambar hiasan
A
A

SINGAPURA - [DIKEMAS KINI] Tiada 'varian Singapura', kata Kementerian Kesihatan negara ini sekali gus menafikan beberapa laporan berita di India yang mengatakan terdapat varian baharu di Singapura.

"Strain yang terdapat dalam banyak kes Covid-19 sejak beberapa minggu lalu adalah varian B.1.617.2, berasal dari India. Ujian filogenetik menunjukkan varian B.1.617.2 ini dikaitkan dengan beberapa kluster Singapura.

"Laporan yang dikeluarkan itu tidak benar," kata jurucakap kementerian dalam satu kenyataan lewat malam tadi (Selasa).

Kementerian itu merujuk laporan Hindustan Times yang memetik Ketua Menteri New Delhi Arvind Kejriwal menerusi berita bertajuk "Coronavirus variant found in Singapore can be India's 3rd wave, extremely dangerous for kids, warns Arvind Kejriwal".

"Portal berita India NDTV turut mengeluarkan laporan bertajuk “Stop Singapore Flights: Arvind Kejriwal To Centre Over New Covid Strain”.

Kedua-dua laporan itu diterbitkan pada 18 Mei.

Dalam satu kenyataan berasingan, Kementerian Luar (MFA) Singapura kecewa dengan kenyataan tidak berasas Ketua Menteri New Delhi Arvind Kejriwal di Facebook dan Twitter, mengenai varian Covid-19 yang dikesan di Singapura berbahaya terutamanya kepada kanak-kanak dan boleh mencetuskan gelombang jangkitan ketiga di India.

"MFA kecewa kerana seorang tokoh politik gagal memastikan fakta sebelum membuat kenyataan itu. MFA bertemu dengan Pesuruhjaya Tinggi India P Kumaran pagi ini untuk menyuarakan kebimbangan mengenai isu itu," kata jurucakap kementerian. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!