Benzema kembali perkuat Perancis di Euro

Benzema kembali menjadi taruhan Didier Deschamps dalam memperkuatkan cabaran Perancis pada saingan Euro 2020 tahun ini.
Benzema kembali menjadi taruhan Didier Deschamps dalam memperkuatkan cabaran Perancis pada saingan Euro 2020 tahun ini.
A
A
A

PENYERANG Real Madrid, Karim Benzema kembali menjadi taruhan Didier Deschamps dalam memperkuatkan cabaran Perancis pada saingan Euro 2020 tahun ini.

Benzema, yang menjaringkan 29 gol dalam semua pertandingan buat Real Madrid musim ini sebelum ini disisihkan daripada Les Bleus sejak 2015 selepas terlibat skandal peras ugut yang menyaksikan dia menjalani perbicaraan pada Oktober.

Malah pada 2016, Benzema menyifatkan Deschamps tunduk kepada tekanan perkauman di Perancis apabila menyisihkannya daripada skuad Euro Perancis tahun berkenaan.

Pemain berusia 33 tahun itu yang menjaringkan 27 gol dalam 81 perlawanan untuk Perancis disenaraikan dalam kalangan 26 pemain oleh Deschamps termasuk Antoine Griezmann, Kylian Mbappe, Kingsley Coman, Olivier Giroud, Ousmane Dembele, Wissam Ben Yedder dan Marcus Thuram.

Untuk rekod, Benzema dipilih Pemain Terbaik Liga Luar Perancis oleh persatuan pemain bola sepak professional Perancis pada Ahad.

Pada saingan Euro kali ini Perancis diundi dalam Kumpulan F bersama Jerman, Hungary dan Portugal.

Skuad Perancis di Euro

Penjaga Gol: Hugo Lloris (Tottenham Hotspur); Mike Maignan (Lille); Steve Mandanda (Olympique de Marseille).

Artikel Berkaitan:

Pertahanan: Lucas Digne (Everton); Leo Dubois (Olympique Lyonnais); Lucas Hernandez (Bayern Munich); Presnel Kimpembe (Paris St Germain); Jules Kounde (Sevilla); Clement Lenglet (Barcelona); Benjamin Pavard (Bayern Munich); Raphael Varane (Real Madrid); Kurt Zouma (Chelsea)

Tengah: Ngolo Kante (Chelsea); Thomas Lemar (Atletico Madrid); Paul Pogba (Manchester United); Adrien Rabiot (Juventus); Moussa Sissoko (Tottenham Hotspur); Corentin Tolisso (Bayern Munich)

Penyerang: Wissam Ben Yedder (Monaco); Karim Benzema (Real Madrid); Kingsley Coman (Bayern Munich); Ousmane Dembele (Barcelona); Olivier Giroud (Chelsea); Antoine Griezmann (Barcelona); Kylian Mbappe (Paris St Germain); Marcus Thuram (Borussia Moenchengladbach).