Ibu Jamal Md Yunos meninggal dunia

Jamal memuat naik status di Facebook beliau pada Rabu.
Jamal memuat naik status di Facebook beliau pada Rabu.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Ibu kepada Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos meninggal dunia di Hospital Ampang, kira-kira jam 9.20 pagi pada Rabu.

Alllahyarhamah Maimunah Saman, 82, meninggalkan sembilan anak termasuk Jamal yang merupakan anak keenam.

Allahyarhamah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Leman, Sekinchan selepas solat Asar pada Rabu.

Jamal sebelum ini memuat naik status di Facebook beliau, memaklumkan Allahyarhamah telah berjuang sebaiknya untuk kembali pulih.

"(Arwah emak) berjuang tanpa putus asa, akhirnya al-Fatihah buat emak," katanya.

Artikel Berkaitan: