Maqis Johor tahan 24 tan susu skim dari Perancis

Sebahagian daripada susu skim yang ditahan Maqis Johor di Pelabuhan Pasir Gudang pada Isnin. - Foto Maqis
Sebahagian daripada susu skim yang ditahan Maqis Johor di Pelabuhan Pasir Gudang pada Isnin. - Foto Maqis
A
A
A

PASIR GUDANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor menahan kontena yang membawa 24,750 kilogram (24 tan) susu skim dari Perancis di Pelabuhan Pasir Gudang, pada Isnin.

Pengarah Maqis Johor, Hizzuan Hasim berkata, ia susulan pemeriksaan dilakukan pihaknya ke atas kontena tersebut pada jam 10.45 pagi.

"Hasil pemeriksaan lanjut, kita mendapati nombor 'establishment' dinyatakan di dalam sijil kesihatan yang diikrar pada label bungkusan itu mengelirukan.

"Kesemua barang dagangan bernilai RM306,931.43 itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Artikel Berkaitan: