PKPD: Polis Kota Setar tambah pasukan pemantau

Anggota polis meletakkan kon di laluan keluar di SJR Tol Alor Setar Utara.
Anggota polis meletakkan kon di laluan keluar di SJR Tol Alor Setar Utara.
A
A
A

ALOR SETAR - Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar menggerakkan 41 pasukan pemantau sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah ini yang bermula Rabu sehingga 1 Jun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, kekuatan pasukan pemantau itu ditambah untuk membantu kelancaran PKPD berbanding hanya sembilan pasukan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Katanya, pasukan berkenaan ditugaskan di lapangan untuk memantau pergerakan dan juga aktiviti-aktiviti yang dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Mereka menjalankan "snap chek" berdasarkan maklumat diterima dan mengikut masa serta lokasi sesuai," katanya ketika ditemui di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Tol Alor Setar Utara pada Selasa.

Mohd Redzuan (kanan) sedang memeriksa dokumen seorang pemandu yang melalui SJR di Tol Alor Setar Utara pada Selasa.
Mohd Redzuan (kanan) sedang memeriksa dokumen seorang pemandu yang melalui SJR di Tol Alor Setar Utara pada Selasa.

Menurutnya, pihaknya juga mengadakan dua SJR di Tol Alor Setar Utara bagi kemudahan akses ke Hospital Sultanah Bahiyah manakala Tol Alor Setar Selatan ditutup sepenuhnya di kedua-dua lorong keluar dan masuk.

"Untuk semua sempadan daerah Kota Setar seperti Kepala Batas di Kubang Pasu; Kota Sarang Semut dan Yan, kita akan melaksanakan lima pusat pemeriksaan untuk pemeriksaan keluar serta masuk ke daerah ini.

"Selain itu kita juga mengenalpasti lapan lokasi jalan tikus yang ditutup penuh. Ia ditutup secara berperingkat dalam masa dua hari dan pasukan pemantau akan memastikan laluan tikus ditutup tidak akan diceroboh atau dikhianat oleh orang awam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah Mohd Redzuan, pasukan bantuan dan pasukan sahabat seperti anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta pihak berkuasa tempatan juga ditempatkan di beberapa kawasan tumpuan seperti pasar raya dan pasar basah.

"Secara keseluruhannya penugasan ketika pelaksanaan PKPD pada kali ini melibatkan seramai 272 pegawai dan anggota termasuk dari RELA dan kita menggunakan 40 peratus daripada kekutaan IPD Kota Setar," katanya.