X

Kindly register in order to view this article
!

Penolong pengarah rugi RM210,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud

Seorang penolong pengarah kerugian sebanyak RM210,000 selepas ditipu sindiket pelaburan pertukaran mata wang asing tidak wujud. Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Wazir)
A
A

KUANTAN - Seorang penolong pengarah kerugian sebanyak RM210,000 selepas ditipu sindiket pelaburan pertukaran mata wang asing tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang berusia 41 tahun menyertai satu pelaburan selepas mengenali seorang wanita dikenali sebagai Alice dari Hong Kong menerusi laman sosial pada Oktober tahun lalu.

Menurutnya, suspek memperkenalkan mangsa dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Mr Li, kononnya pengurus pelaburan yang juga bapa saudaranya.

"Suspek meminta mangsa memasukkan wang untuk membuka akaun di platform Metatrader dan mangsa memasukkan wang sebanyak RM83,000 untuk pelaburan.

"Pada 17 Disember 2020, mangsa menghubungi suspek dan mengatakan hasratnya menutup akaun pelaburan kerana sudah tidak berminat untuk melabur namun suspek meminta mangsa memasukkan wang sebanyak RM21,000 sebagai cagaran keselamatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, selepas itu mangsa memasukkan wang sebanyak RM30,000 pula sebagai yuran pembekuan akaun seperti diminta oleh suspek manakala pada 4 Januari lalu, mangsa memasukkan wang RM43,000 sebagai bayaran verifikasi keselamatan kewangan.

"Seterusnya, pada 14 Januari lalu, mangsa diminta memasukkan wang RM33,000 sebagai over night fee. Selepas itu, mangsa dimaklumkan bahawa suspek ditangkap oleh Komisi Independen Pemberantas Korupsi (ICAC) dan meminta mangsa membuat bayaran sebagai penjamin sebanyak RM86,000," katanya.

Menurutnya, mangsa tidak lagi memasukkan wang seperti diminta oleh suspek kerana menyedari ia satu penipuan.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah Polis Kuantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!