Maqis Selangor rampas 150 kg benih belut

Maqis merampas 150 kg benih belut yang cuba dieksport ke Hong Kong melalui kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Isnin lalu.
Maqis merampas 150 kg benih belut yang cuba dieksport ke Hong Kong melalui kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Isnin lalu.
A
A
A

SEPANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas benih belut, Anguilla bicolor seberat 150 kilogram (kg) bernilai lebih RM60,000 yang cuba dieksport ke Hong Kong melalui kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Isnin lalu.

Pengarah Maqis Selangor, Zamri Hashim berkata, tindakan itu dilakukan ketika operasi di gudang kawasan kargo terbabit kira-kira jam 9 pagi.

Menurutnya, benih belut seberat 150 kg bernilai RM61,612.50 itu didapati tidak mempunyai Permit Eksport Maqis selain Sijil Kesihatan Perikanan yang dikemukakan adalah palsu.

Maqis merampas 150 kg benih belut yang cuba dieksport ke Hong Kong melalui kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Isnin lalu.
Maqis merampas 150 kg benih belut yang cuba dieksport ke Hong Kong melalui kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Isnin lalu.

"Kesalahan mengeksport dagangan hasil perikanan tanpa mempunyai Permit Eksport adalah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 11 (2), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"Sabit salah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan: