Empat lelaki dikompaun langgar SOP PKP di PD

Dua lelaki dikompaun RM5,000 setiap seorang kerana melanggar SOP PKP dengan merentas daerah dan negeri tanpa kebenaran polis di pantai Port Dickson, pada Selasa. - Foto fail Bernama
Dua lelaki dikompaun RM5,000 setiap seorang kerana melanggar SOP PKP dengan merentas daerah dan negeri tanpa kebenaran polis di pantai Port Dickson, pada Selasa. - Foto fail Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Dua lelaki dikompaun RM5,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan merentas daerah dan negeri tanpa kebenaran polis di pantai Port Dickson di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kedua-dua mereka gagal mengemukakan surat kebenaran atau apa-apa dokumen berkaitan ketika rondaan polis dalam operasi pematuhan SOP PKP di pantai itu kira-kira 4 petang.

"Kompaun itu dikeluarkan kepada lelaki berumur 33 tahun di kawasan parkir Pantai Dataran Kemang kerana telah merentas dari Seremban ke Port Dickson manakala seorang lagi berusia 29 tahun dari Sungai Udang, Melaka dikompaun di Pantai Cahaya Negeri, di sini,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Dalam pada itu, Aidi Sham berkata, dua lagi lelaki berumur 21 dan 25 tahun masing-masing turut dikompaun RM1,500 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka ketika pemantauan polis di Pantai Seri Kemang dekat sini.

Jelas Aidi Sham, polis memandang serius sebarang pelanggaran SOP yang ditetapkan kerajaan dalam mengawal jangkitan pandemik COVID-19 selain menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi SOP sepanjang tempoh PKP hingga 7 Jun ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: