X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada Palestin tanpa Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa

Pencerobohan Zionis terhadap kompleks masjid al-Aqsa adalah penghinaan terhadap umat Islam.
A
A

KUALA LUMPUR - “Tiada negara Palestin tanpa Baitulmaqdis. Tiada negara Palestin tanpa Masjid al-Aqsa. Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa adalah keutamaan bagi kami rakyat Palestin.”

Demikian luahan tegas Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali, mengenai perjuangan rakyat Palestin yang kini sedang mempertahankan bumi ambia’ daripada dijarah Zionis Israel.

Katanya, dalam mencari jalan damai di wilayah itu, pihak antarabangsa perlu mengiktiraf hak Palestin sebagai sebuah negara merdeka dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara berdasarkan pra sempadan 1967.

Beliau menambah, Penyelesaian Dua Negara atau Two-State Solution merupakan satu-satunya solusi yang akan memberikan kedua-dua pihak, Palestin dan Israel peluang untuk hidup secara aman.

“Komuniti antarabangsa sedar akan realiti yang berlaku di Palestin dan mereka tahu demi memberikan peluang kepada semua pihak hidup aman di Asia Barat, hak Palestin sebagai sebuah negara merdeka perlu diiktiraf.

“Israel tidak akan boleh menikmati perdamaian, menikmati peluang hidup di penempatan Asia Barat tanpa mengiktiraf hak Palestin dalam sebuah negara Palestin yang merdeka,” katanya lagi.

Ujar beliau, tanpa tekanan serius terhadap Israel untuk menerima Penyelesaian Dua Negara dan mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka Asia Barat akan terus bergolak.

“Kami akan tetap meneruskan perjuangan. Apa yang tidak mampu kami capai akan dicapai oleh anak dan cucu kami.

“Ya, tiada siapa dapat menidakkan kesengsaraan rakyat Palestin di Gaza. Mereka terkepung sekian lama namun pada masa sama, kami turut berjuang menentang rejim Israel di Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!