X

Kindly register in order to view this article
!

‘Rasuah bukan duit sahaja’

Golongan belia diminta meningkatkan kesedaran mengenai isu rasuah kerana ia bukan melibatkan wang ringgit sahaja. Gambar kecil: Mohd Ezwanuddin
A
A

SHAH ALAM - Tahap kesedaran sesetengah golongan belia negara ini terhadap isu rasuah masih rendah, malah ada yang menganggap rasuah sekadar melibatkan wang sahaja.

Presiden Majlis Belia Felcra (MBFEM), Mohd Ezwanuddin Mohamad Bakri berkata, rasuah hakikatnya bukan hanya dalam bentuk wang, tetapi juga habuan lain seperti kenaikan pangkat dalam sesebuah jabatan.

“Kita mungkin fikir setakat hendak bagi hadiah atau duit kepada orang yang sudah bantu kita itu, apalah sangat, itu yang belia mungkin fikir.

“Bila sebut rasuah, belia berfikir semuanya berkaitan dengan duit sahaja tetapi hakikatnya ia juga melibatkan benda lain, sama ada jawatan atau penguatkuasaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau, belia harus sedar rasuah boleh merosakkan masa depan seseorang atau sesebuah institusi sama ada dalam kalangan penjawat awam mahupun swasta.

“Tetapi kesedaran mereka masih belum sampai ke tahap yang memberi impak besar terhadap usaha memerangi rasuah.

“Belia juga perlu tahu bahawa rasuah boleh mengancam keselamatan negara lebih-lebih lagi jika ia melibatkan isu seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan senjata dan bahan-bahan yang menyalahi undang-undang negara,” ujarnya.Mohd Ezwanuddin berkata, sesetengah rakyat Malaysia mungkin sudah merasai sendiri kesan buruk budaya rasuah.

“Sebagai contoh, ada yang sukar untuk mendapatkan pekerjaan jika tiada sokongan daripada orang dalam yang berpangkat tinggi dalam sesebuah organisasi dan tidak mustahil ia membabitkan rasuah,” kata beliau.Sehubungan itu, beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya berfungsi sebagai sebuah badan bebas yang tidak tertakluk di bawah kawalan kerajaan.“SPRM mesti bersifat mandiri dan diletakkan sepenuhnya di bawah bidang kuasa diraja supaya institusi tersebut tidak dilihat berat sebelah.

“Ia juga perlu diberikan hak untuk menubuhkan pasukannya sendiri yang akan menilai setiap siasatan SPRM bagi tujuan pertuduhan atau pendakwaan di mahkamah,” jelasnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!