Zionis serbu masjid di Baitulmaqdis Timur

Tentera Israel mengasari penduduk Palestin di luar sebuah masjid di Issawiya, kelmarin.
A
A

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Tentera rejim Zionis menyerbu sebuah masjid di kawasan kejiranan Issawiya di Baitulmaqdis Timur, semata-mata mahu mencabut bendera dan menurunkan gambar seorang tahanan Palestin.

Pegawai tempatan, Muhammad Abu Al-Hummos berkata, dalam kejadian kelmarin Israel turut mengasari jemaah dan memecahkan beberapa tingkap masjid berkenaan.

Saksi berkata, berlaku pertempuran kecil di luar masjid antara tentera Israel dan penduduk tempatan.

Abu Al-Hummos menambah bahawa pasukan Israel juga menahan setiausaha Fatah di Issawiya, Yasser Darwish dan seorang lagi pemuda Palestin yang dikenal pasti sebagai Anwar Obeid.

Awal bulan ini, tentera Israel telah cuba untuk menyerbu masjid sama untuk menurunkan bendera dan gambar seorang tahanan Palestin yang meninggal dunia dalam penjara Israel. - Agensi