Hodgson tinggalkan Crystal Palace hujung musim

Hodgson (kiri) dan pengendali Manchester City, Pep Guardiola ketika aksi liga di Stadium Selhurst Park pada 1 Mei lalu.
Hodgson (kiri) dan pengendali Manchester City, Pep Guardiola ketika aksi liga di Stadium Selhurst Park pada 1 Mei lalu.
A
A
A

PENGENDALI Crystal Palace, Roy Hodgson bakal meninggalkan Selhurst Park pada hujung musim ini selepas berkhidmat selama empat musim bersama The Eagles dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurut kelab itu, pengendali berusia 73 tahun yang pernah beraksi di posisi pertahanan berkenaan menamatkan tugasan terakhirnya dengan kunjungan ke Anfield menentang Liverpool pada Ahad ini selepas sekali lagi mengekalkan status kelab dalam saingan liga elit Inggeris tersebut.

"Ini merupakan masa yang terbaik untuk saya melangkah keluar dari Liga Perdana Inggeris selepas lebih 45 tahun menjadi jurulatih, dengan dua perlawanan terakhir menjadi tumpuan terakhir sebagai pengurus Crystal Palace.

"Sejujurnya ini adalah detik yang paling bermakna dalam kehidupan dan karier bola sepak saya sebagai jurulatih dengan pengakhiran bersama Crystal Palace," kata Hodgson dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan: