Longkang gagal berfungsi, jalan kembali banjir

Banjir yang berlaku akibat hujan lebat pada Selasa.
Banjir yang berlaku akibat hujan lebat pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Longkang yang dibina untuk mengalirkan air dari jalan raya ke saliran bagi menyelesaikan masalah banjir didakwa tidak berfungsi apabila air longkang tersebut melimpah di hadapan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam di Seksyen 32 di sini pada Selasa.

Timbalan Pengarah (Operasi) ADTEC Shah Alam, Shahrulnizam Sharip berkata, pihaknya pernah membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang membina longkang tersebut sejak Mac lalu.

Menurutnya, masalah banjir di kawasan tersebut berlaku sejak tahun 2000 terutama ketika musim hujan dan laluan tersebut merupakan jalan utama ke Bukit Kemuning.

Air longkang melimpah kerana tiada saluran yang menghalakan air keluar dari jalan raya.
Air longkang melimpah kerana tiada saluran yang menghalakan air keluar dari jalan raya.

“Berdasarkan maklum balas daripada pihak MBSA, masalah banjir ini akan selesai apabila kerja-kerja menaik taraf longkang besar di jalan utama dilaksanakan.

“Kerja-kerja naik taraf longkang besar sedang dijalankan, yang mana terdapat pelantar yang berada di jalan utama masuk ke ADTEC Shah Alam dan kerja pembinaan masih dalam proses,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Longkang yang dibina untuk menyalurkan air keluar dari jalan raya mula bertakung dan melimpah ke jalan raya.
Longkang yang dibina untuk menyalurkan air keluar dari jalan raya mula bertakung dan melimpah ke jalan raya.

Sementara itu, pemilik akaun bernama Arizza Zainal yang memuat naik video dan gambar banjir di kawasan tersebut pada Selasa berkata, pembinaan longkang di kawasan tersebut tidak membantu meredakan banjir di tempat berkenaan, malah ia bertambah buruk apabila musim hujan lebat yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Artikel Berkaitan:

“Kalau ikut tujuan longkang tersebut dibina adalah untuk menyelesaikan masalah banjir tersebut, tapi ia tidak membantu langsung kerana bila waktu hujan, air yang memasuki longkang tersebut akan melimpah ke jalan raya.

“Walaupun air akan surut dalam masa satu atau dua jam, tapi sekarang musim hujan lebat, kawasan tersebut kerap banjir,” katanya.

Hantaran Arizza di Facebook berkenaan banjir di hadapan ADTEC Shah Alam pada Selasa.
Hantaran Arizza di Facebook berkenaan banjir di hadapan ADTEC Shah Alam pada Selasa.