X

Kindly register in order to view this article
!

Mesej tular enam kakitangan pasar raya positif Covid-19 palsu

Mesej tular mengenai beberapa orang kakitangan pasar raya di daerah Kuala Pilah yang positif Covid-19.
A
A

KUALA PILAH - Dakwaan enam kakitangan sebuah pasar raya di daerah ini disahkan positif Covid-19 sehingga tular sejak Isnin adalah tidak benar.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah ( JKPBD) Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, hanya seorang kakitangan pasar raya itu yang disahkan positif pada Sabtu lepas.

"Proses sanitasi telah pun dilakukan oleh pihak berkenaan pada Sabtu dan operasi pasar raya itu berjalan seperti biasa selepas selesai proses tersebut.

"Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terus berkongsi berita tidak sahih sehingga boleh mencetuskan situasi panik," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Pada Isnin, satu mesej tular di aplikasi WhatsApp yang menggesa orang ramai supaya tidak datang membeli-belah di sebuah pasar raya di daerah ini berikutan terdapat dua hingga tiga kakitangannya positif Covid-19.

Namun, pada Selasa tular pula pesanan suara berdurasi 1:11 minit yang mendakwa terdapat enam kakitangan pasar raya itu disahkan positif selain mendakwa pasar raya itu ingin menyorokkan perkara yang sebenar.

Sementara itu, Mohd Faizal berkata, sehingga Selasa terdapat peningkatan kes Covid-19 di daerah ini sehingga menyebabkan Kuala Pilah menjadi zon jingga.

"Ia berikutan terdapat lapan kes baharu direkodkan iaitu enam kes tempatan dan dua import menjadikan 32 kes aktif setakat ini," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!