Pantau, ambil tindakan rakyat beri sokongan kepada Israel

Sabarudin Abdul Rahman
Sabarudin Abdul Rahman
A
A
A

SHAH ALAM - Pihak berkuasa diminta memantau dan mengambil tindakan sewajarnya kepada segelintir rakyat Malaysia yang memberi sokongan kepada Israel dan cuba mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara.

Pengerusi Inspirasi Muhibah India Muslim Malaysia (IMIM), Sabarudin Abdul Rahman berkata, apa yang mereka lakukan boleh mencetuskan persengketaan di mana rakyat Malaysia adalah penyokong tegar rakyat Palestin.

“Di saat ramai rakyat Malaysia bersimpati dengan nasib rakyat Palestin dan memberi sokongan kepada perjuangan mereka, ada segelintir rakyat Malaysia dalam laman sosial masing-masing didapati memberi sokongan kepada rejim Zionis Israel secara terbuka dan tanpa segan silu.

“Mereka juga didapati menyokong tindakan keganasan dan pembunuhan kejam yang dilakukan Zionis Israel terhadap rakyat Palestin terutama kepada kanak-kanak dan wanita,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Menurut Sabarudin, tindakan segelintir mereka ini agak mengejutkan dan membimbangkan disebabkan Zionis Israel telah memberi amaran kepada Malaysia untuk dijadikan sasaran selain negara lain.

“Mohon pihak berkuasa untuk ambil tindakan kepada dalang Israel dalam Malaysia,” tegasnya.

Artikel Berkaitan: