X

Kindly register in order to view this article
!

Hanya 50 jemaah untuk solat fardu, Jumaat

Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz
A
A

KOTA BHARU - Pelaksanaan solat fardu dan Jumaat di masjid negeri, bandar dan jajahan seluruh negeri Kelantan adalah dibenarkan dengan 50 jemaah sahaja.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz memaklumkan perkara tersebut dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurutnya, bagi masjid mukim kategori ‘A’, masjid mukim, surau dan musalla seluruh negeri Kelantan hanya dibenarkan kepada empat orang kakitangan.

"Para jemaah hendaklah berada dalam saf dengan penjarakan dua meter dan mengikut semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sebelum ini.

"Ketetapan ini berkuat kuasa dari 19 Mei sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Aktiviti-aktiviti lain adalah tidak dibenarkan," katanya.

Menurutnya, pihak MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini.

Beliau juga memberitahu, SOP sebagaimana di atas hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid, surau dan musalla.

"Tindakan sewajarnya akan diambil di atas kegagalan untuk mematuhi SOP ini.

"Bersama-samalah kita istiqamah dan yakin bahawa ALLAH pasti membantu dan memperkenankan doa serta harapan kita semua," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!