MEF sokong PKP lebih ketat tetapi bukan sekatan menyeluruh

Syed Hussain
Syed Hussain
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyokong pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat untuk melandaikan keluk jangkitan baharu pandemik Covid-19, namun menolak sekatan menyeluruh ekonomi.

Presiden MEF, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, PKP di seluruh negara ketika ini dianggarkan memberi kerugian kira-kira RM300 juta sehari kepada negara.

Berbanding semasa PKP 1.0 secara menyeluruh tahun lepas, Malaysia kerugian kira-kira RM2.4 bilion sehari.

“Langkah-langlah PKP yang lebih ketat perlu dilaksanakan di negeri-negeri yang mencatatkan lonjakan kes jangkitan baharu terutamanya Selangor yang ketika ini merekodkan lebih daripada 1,000 kes setiap hari.

“Meskipun impak PKP menyeluruh akan menjejaskan dengan teruk perniagaan dan ekonomi, namun dapat difahami akan keperluan mendesak untuk membendung peningkatan jangkitan kes baharu setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Syed Hussain berkata, MEF berusaha sedaya upaya untuk mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19.

“Majikan perlu memainkan peranan positif bagi memastikan kesihatan dan keselamatan kakitangan dilindungi.

“MEF sentiasa menasihati ahli-ahli kami untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya agar kita dapat menamatkan pandemik ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam hantaran terbaharu di laman sosial Facebook beliau hari ini mempertahankan langkah Malaysia untuk tidak menutup ekonominya di bawah PKP 2.0 dan 3.0, dengan menyatakan ia akan dapat mengelak pelbagai kesan buruk ke atas ekonomi dan mengelak pengangguran daripada mencecah 1 juta orang.

Beliau berkata dalam usaha untuk mencegah penularan Covid-19 tidak seharusnya ia mengorbankan pertumbuhan ekonomi dan juga nasib golongan rentan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: PKP: Kerajaan tak tutup ekonomi elak peningkatan pengangguran