Myanmar tubuh jawatankuasa pinda Perlembagaan

Pegawai tentera yang dilantik sebagai Ahli Parlimen Myanmar tiba untuk hadiri sidang di Naypyidaw, semalam.
Pegawai tentera yang dilantik sebagai Ahli Parlimen Myanmar tiba untuk hadiri sidang di Naypyidaw, semalam.
A
A
A
YANGON - Myanmar, semalam menubuhkan jawatankuasa untuk membincangkan langkah pembaharuan Perlembagaan.

Tujuan utama pembentukan panel 'merangkumi semua' itu akan menggubal draf perubahan Perlembagaan 2008 yang memberi kuasa kepada untuk mengawal kesemua kementerian keselamatan dan mendapat satu perempat kerusi Parlimen.

Difahamkan, Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) akan diberikan 18 daripada 45 kerusi panel tersebut manakala tentera mendapat lapan kerusi dan selebihnya dibahagikan antara parti lain.

Langkah dibuat Parlimen itu diputuskan beberapa hari selepas sebuah mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas pembunuh di sebalik insiden pembunuhan Ko Ni, peguam kepada Penasihat Negara, Aung San Suu Kyi. - AFP

Artikel Berkaitan: