X

Kindly register in order to view this article
!

27 katil ditempatkan di Field ICU Hospital Kepala Batas

Field ICU yang akan dibangunkan di Hospital Kepala Batas (HKB) akan menempatkan sehingga 27 katil bagi merawat pesakit kritikal Covid-19. -Gambar hiasan
A
A

GEORGETOWN - Unit Rawatan Rapi Lapangan (Field ICU) yang akan dibangunkan di Hospital Kepala Batas (HKB) akan menempatkan sehingga 27 katil bagi merawat pesakit kritikal Covid-19.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri akan memberi sokongan dan kerjasama penuh kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas pelaksanaan Field ICU berkenaan dalam masa terdekat.

Menurutnya, mesyuarat telah diadakan oleh agensi berkaitan bagi membincangkan mengenai keperluan yang perlu disediakan untuk membina Field ICU terbabit.

“Apabila siap didirikan, Field ICU ini memerlukan bekalan elektrik, mekanikal, sivil dan peralatan perubatan berkaitan yang membabitkan kos sebanyak RM2.038 juta.

“Kerajaan negeri akan memberi sokongan terbaik kepada ATM dan KKM untuk usaha ini dan dijangka akan didirikan tidak lama lagi,” katanya pada sidang akhbar di KOMTAR di sini pada Selasa.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, terdapat keperluan mendesak untuk mewujudkan Field ICU di HKB Pulau Pinang bagi merawat pesakit kritikal.

Menurutnya, proses pembinaan Field ICU itu adalah sebagai persediaan bagi menampung kemasukan pesakit ke ICU di Pulau Pinang yang sudah meningkat lebih 45 peratus untuk tempoh dua minggu kebelakangan ini.

Field ICU itu akan menggunakan konsep modular yang mampu merawat sehingga 27 pesakit kritikal Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan serta peralatan 'life support' lain.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!