X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 08 Julai 2022

Mangsa banjir di Melaka meningkat, Sabah kekal petang ini

A
A

MELAKA - Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 669 orang membabitkan 149 keluarga setakat 4 petang tadi berbanding 554 orang daripada 128 keluarga jam 8 pagi pada Selasa.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Melaka, Leftenan Kolonel Cuthbert John Martin Quadra dalam satu kenyataan berkata, kesemua mangsa kini ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS).

Ini merangkumi enam PPS di Melaka Tengah yang menempatkan 487 mangsa, dua di Jasin dengan 133 mangsa dan satu PPS di Alor Gajah menempatkan 49 mangsa.

Sementara itu di Sabah, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS kekal 72 orang setakat 4 petang tadi, menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.

Daripada jumlah itu, 46 orang ditempatkan di PPS Dewan DP Mohd Dun Banir, Beaufort dan 26 mangsa ditempatkan di PPS Rumah Kebudayaan Kalang Kanar, Tenom. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!