Tiada kompromi jika langgar SOP: Acryl Sani

Acryl Sani Abdullah Sani
Acryl Sani Abdullah Sani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan segolongan masyarakat yang telah menyalah guna atau memalsukan kebenaran serta melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa merentas daerah dan negeri.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya akan lebih teliti dalam mempertimbangkan kelulusan kebenaran rentas daerah dan negeri yang dipohon.

"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar SOP dan akan mengambil tindakan tegas selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Acryl Sani berkata, pihaknya akan terus mengawasi serta mengehadkan pergerakan terutamanya yang melibatkan rentas daerah dan negeri.

"Dalam usaha melaksanakan ketetapan kerajaan untuk terus mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat, orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP dan bersama-sama memainkan peranan dalam mengekang penularan wabak ini," katanya.

Artikel Berkaitan: